Masalah Dengan Kepercayaan

Saya ditipu dan hampir dijual ke kelab malam.

“Ada pelbagai pengalaman yang saya lalui di Malaysia. Saya pernah hampir dijual ke kelab malam dan juga dibawa lari oleh pemandu teksi. Saya memang takut untuk berkawan sebab saya pernah ditikam kawan saya sendiri dari belakang. Saya takut untuk percayakan orang lain sejak saya ditipu kawan saya sendiri tapi saya kekal positif, saya cuma mampu berdoa dan terus berbuat baik dengan orang lain. Dahulu saya bekerja di restoran, gajinya cukup sahaja untuk kehidupan saya tetapi setelah ditawar gaji yang lebih tinggi oleh kenalan saya, saya terus berhenti dan ikut kenalan saya ke Kuala Lumpur. Tetapi saya ditipu dan hampir dijual ke kelab malam. Saya tekad untuk lari dan sejak dari itu saya takut untuk menerima tawaran kerja dan saya mencari kerja di kedai telefon. Walaupun gajinya tidak berapa tinggi tetapi sekurang-kurangnya diri saya selamat. Sebagai pekerja asing, saya sering dipandang rendah oleh orang sekeliling tetapi saya merasa kita harus cerdik dan pandai menjaga diri sendiri agar tidak mudah untuk dipijak orang lain.”

Emi, 27 tahun, Surabaya