Dibutakan Oleh Kekekalan

Saya baru berkahwin 3 tahun lepas dengan seorang lelaki dari Bangladesh. Budaya kami amat berbeza tetapi saya tidak kisah..

“Saya merupakan satu satunya harapan keluarga saya di kampung untuk mencari wang tambahan buat belanja bulanan. Pada masa yang sama, saya juga mencari lebih pengalaman di negara orang. Sudah 7 tahun saya bekerja di Malaysia dan kini saya telahpun mendapat pekerjaan yang amat sesuai untuk saya. Majikan saya juga amat baik dan memahami. Dia tidak pernah melayan saya seperti saya pekerja asing. Dia melayan saya sama seperti orang lain. Saya amat berterima kasih pada Tuhan kerana memberkati saya selama saya berada di Malaysia. Pada mulanya saya agak takut kerana saya tidak pernah keluar dari kampung saya dan sekarang saya sudah mula rasa yakin dan berani untuk kehidupan seterusnya. Saya baru berkahwin 3 tahun lepas dengan seorang lelaki dari Bangladesh. Budaya kami amat berbeza tetapi saya tidak kisah kerana saya rasa dia adalah jodoh saya di dunia dan akhirat. Pada mulanya ibu bapa saya tidak merestui hubungan kami tapi lama-kelamaan mereka sudah mula menerima.”

Surani, 28 tahun, Jawa